Sekarang ni memang sangat banyak medium untuk kita berkomunikasi. Saya senaraikan beberapa yang agak intensif di kalangan mereka yang berada di sekeliling saya (tidak mengikut turutan):
- Jumpa/Ngeteh
- Call Handset
- Call Rumah
- SMS
- Email Direct
- Email Yahoo/Google groups
- GoogleTalk
- BBM
Ada 10. Nice. Banyak lagi yang lain tapi tak berapa dominan.
Saya cuba ulas satu persatu.
Jumpa/Ngeteh
- Ini adalah method paling efektif untuk menyampaikan sesuatu yang kompleks
- Efektif jika ingin memenangi proses tawar menawar kerana boleh menyampaikan emosi dengan baik dalam medium ini
Call Handset
- untuk Super Urgent matter, sila guna medium ini!
- Setengah orang mengalami kesukaran untuk calling-calling, samada sebab takde kredit, atau ada sedikit segan untuk mendedahkan suara. Facebook dan SMS lebih selesa mungkin.
Call Rumah
- Sekiranya gagal menghubungi dengan kesemua cara yang lain, ini jalan terakhir.
- Atau juga bagi mereka yang tidak techno-savvy, tiada handset, atau ada handset tetapi letak handset dalam handbag.
SMS
- Lebih patut digunakan berbanding Email sekiranya ada hal urgent.
- Untuk golongan pelajar, ini yang paling popular dan efektif. Sila jangan Email golongan pelajar sekiranya ia adalah perkara yang urgent. SMS dan Call adalah yang terbaik
- Pelajar luar negara mgkn berbeza sedikit.
Email Direct
- Sekiranya ada perkara-perkara lebih personal method ini boleh digunakan berbanding Email ke Groups.
- Ada possibility Email ini tak difilter (melalui sistem folder yahoomail atau label gmail), lalu dibiarkan tak dibaca (khas untuk mereka yang inbox masih penuh beribu-ribu email).
- Sekiranya terlampau banyak, ada possibility email yang dihantar ke sini tak dibaca.
- Letakkan @NamaOrangYangKitaInginkanPerhatian pada subjek email untuk meningkatkan kebarangkalian dia membaca email tersebut.
- Penggunaan one liner email yang tiada message seboleh2nya dielakkan pada forum2 groups yang bilangan mencecah ratusan apatah lagi ribuan ahli. (surprisingly, perkara ini sesuatu yang still ok dalam facebook yang ahli melebihi ribuan, dan agak banyak status update yang dilihat adalah one liner!)
Facebook
- Surprisingly, pelajar-pelajar dalam negara lebih banyak membuka Facebook dari membuka email.
- Sekiranya anda takde kredit nak call pelajar utk sampaikan maklumat penting, boleh cuba di Facebook sebelum menghantar email.
- Boleh kenal lebih lanjut tentang orang tersebut. Sesetengah orang panggil ia sebagai stalking.
Whatsapp
- Seperti BBM untuk pengguna Blackberry, Whatsapp digunakan dengan cara yang sama.
- Jimat SMS bagi mereka yang menggunakan Internet Plan untuk handset mereka.
- Merentasi platform. (Android, iOS, Blackberry)
- Bawah sedikit dari tahap urgency berbanding SMS.
GoogleTalk
- Bagus sekiranya anda yakin dia berada di hadapan komputer, atau dia mempunyai handset dengan Android OS, dan anda ingin agar perbualan diarkibkan di dalam cloud gmail.
- Bagus sekiranya anda merasakan satu hari nanti anda ingin mencari perbualan ini melalui fungsi Search dalam Gmail.
BBM
- Sama seperti WhatsApp, tapi untuk pengguna Blackberry sahaja.
- Fungsi upload gambar dan komen beramai-ramai untuk spesifik gambar agak menarik bagi saya.
- Tahap urgency hampir sama dengan WhatsApp
Akhir sekali, berikut adalah ranking medium komunikasi pada pandangan saya:
Ranking Urgency Untuk mereka yang bekerja:
Call, SMS, BBM, Whatsapp, GoogleTalk, Email Yahoogroups, Email Direct, Facebook, Call Rumah
Ranking Urgency Untuk mereka yang masih belajar:
Call, SMS, Facebook, BBM, Whatsapp, GoogleTalk, Email Yahoogroups, Email Direct, Facebook, Call Rumah
Jumpa/Ngeteh telah saya keluarkan dari ranking kerana saya rasa ia kategori lain dari Urgency. Tiada sebab lain. Yup. Confirm tiada sebab lain.
No comments:
Post a Comment