Cabaran pelajar dalam menghadiri acara hujung minggu

  • 0
gambar hiasan. jangan risau tiada kena-mengena (sangat).


Pelajar luar negara tiada masalah besar dalam menghadiri acara hujung minggu.

Cabaran-cabaran pelajar dalam negara:

1. Kenduri <masukkan sebarang hubungan talian persaudaraan di sini>
Kenduri dapat dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian/kategori: Kahwin, Aqiqah, Kematian, Pertunangan. Sekiranya pelajar mempunyai 10 orang saudara-mara, maka formulanya adalah:
Bilangan kenduri = 10 x 4 = 40 kenduri
Setahun kita cuma ada 52 minggu. Exaggeration sahaja. You get the idea.

2. Balik rumah
Pelajar kolej persediaan hanya berada di kolej pada weekdays sahaja. Terutamanya yang duduk di sekitar kolej. Sebenarnya kalau berada di rumah pun apa masalahnya. Masalahnya adalah di rumah ada 13 ribu tarikan. Exaggeration.

3. Exam
Ya. Exam di hujung minggu. Di malam hari. Anda boleh menangis sekarang.

4.  Ibu bapa tidak mengizinkan
Kalau anak perempuan tu, memang ada logik-mantik. Kalau anak lelaki, memang nak kena jentik. Okla kasi can buat mereka yang anak mak. Tapi kalau semakin lama kena la belajar berdikari ok.

5. Tidak ada fulus
Budak-budak oversea ada banyak duit. Scholarship biasanya lagi banyak dari gaji fresh grad kat Malaysia. Pelajar Malaysia kebanyakannya tidak begitu ok kewangan. Bagi mereka yang menjalankan projek-projek ekonomi, mungkin ok sikitlah. Sikit.

(bersambung lain kali dengan Cabaran-cabaran pelajar luar negara...)

No comments:

Post a Comment