How to get rid of your bad habits

  • 1
A post that I wrote back in April 2010.

+++++

Ok siapa tak ada bad habits (tabiat buruk) sila angkat tangan.

Manusia ni kita sedia maklum memang tak terlepas dari dosa. Dan sebaik-baik hambaNya yang berdosa adalah yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT (dan bersegera). Tapi saya pasti anda semua, dan jugak termasuk diri saya memanglah tersangat-sangat nak tahu apakah sebenarnya cara untuk kita buang perkara yang tak best ni dari dalam diri kita.

So How To Get Rid Of Bad Habits?

Untuk memudahkan bahasa, kita guna analogi.

Antara habit yang tak best adalah fidgeting i.e. Kaki selalu bergerak-gerak tanpa sebab. Ok tapi habit ni takdelah bad sangat. Tapi cukup menarik untuk kita jadikan analogi perbualan kita.

Sebati

Bad habit ni adalah benda yang sudah sebati dalam diri kita. Dah berpuluh tahun kita membesar dengan perkara tu. Tiba-tiba satu hari ok nak stop. Macamanalah agaknya…

LANGKAH 1: Akui ia adalah habit yang tak best!

Walaupun ia amat sukar untuk dihentikan, dan kita agak enjoy dengan perkara tersebut, tapi kita sebenarnya harus sedar bahawasanya ia memang tak best pada hakikatnya! Kenapa saya cakap macam tu?

Praktikal: Cuba senaraikan kesan-kesan buruk habit ni kepada orang lain. Dan jugak tentunya juga senarai kesan buruk terhadap diri anda sendiri. Fidgeting ni kalau buat lama-lama kaki dan seluruh badan akan jadi penat tiba2.

Tips: Tengok video pasal kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Cuba kaitkan macamana bad habit kita tu boleh menyumbang kepada penderitaan mereka. Mungkin agak tak logik. Fidgeting pun orang Palestin boleh menderita??!!

LANGKAH 2: To Do List

Ala boring la sikit-sikit to do list sikit-sikit to do list.

Percayalah dengan merancang kehidupan anda (satu hari satu perancangan is better), kebarangkalian untuk fidgeting berlaku akan berkurangan.

Analisa:

Mengapa Fidgeting berlaku: Kaki tidak buat apa-apa lantas terpaksa bergerak untuk menghabiskan tenaga.
Bagaimana mengatasi: Berikan tugas kepada kaki supaya tenaga tidak terbazir begitu sahaja

LANGKAH 3: Cari Habit yang lebih baik+best!

Kadang-kadang kita rasa buat benda-benda yang baik ni tak best. Selalunya tarikan-tarikan habit adalah pada benda yang tak baik. Hisap rokok, hiburan berlebihan, hiburan tidak syar’ie, melayan nafsu syahwat dan sebagainya. Sebenarnya dalam dunia banyak lagi benda yang baik dan dalam masa yang sama ia adalah best!

Sebenarnya buat benda baik ni best, tapi dia kena mendalami sikit. Malah kebestan dia jauh lebih best dari buat benda tak baik.  Allah SWT jadikan perkara-perkara yang haram dimakan di atas muka bumi ni, tapi tak tinggal macam tu sahaja. Dijadikan juga makanan-makanan yang halal dimakan. Dan makanan-makanan halal banyak je yang best. Satay, Steamboat, Roti pisang, Sup Urat Ketin semuanya boleh cari yang halal dan best! Tapi kalau banyak sangat dan tak joging dia jadi tak baik la pulak kan. hehe.

Takut orang salah faham pulak, jadi saya jelaskan lagi apa maksud saya. Sebenarnya best dan tak best tu bergantung pada kebersihan hati kita. Kalau dah tenggelam lama sangat dengan habit tak baik, nak mula buat benda baik memang la dia jadi tak best mula-mula. So kena paksa diri jugak. It’s not that bad. Tapi takkanlah nak makan roti pisang halal pun kena paksa. Tak payah paksa pun kot. hehe.

Senang cerita, lihatlah jauh ke depan! Nikmat syurga jauh lebih besar!

LANGKAH 4: Impikanlah!

Diri anda ada potensi yang jauh lebih besar dari siapa anda sekarang. Jangan takut untuk berangan jauh. Tapi of course la kena ada susulan dengan tindakan-tindakan yang bersesuaian. Berangan-angan lepas tu balik-balik rumah fidgeting balik memang tak bersesuaian la.

Kalau anda terus mahu melakukan habit anda, percayalah ia adalah belenggu kepada kemajuan diri anda. Orang lain sudah jauh ke depan, takkan kita nak tinggal di belakang?

Kalau lari balapan takkan kita nak duduk rehat dan biar orang overtake kita 2-3 kali dengan alasan “ala nanti dah nak habis masa aku lari pecutlah!”

Sila bayangkan diri anda lagi 10 tahun seperti Steve Jobs, Bill Gates, Mark Zuckerberg dan rakan-rakan yang mampu memberi impak besar pada kehidupan manusia, tapi bezanya, anda mahu memberikan impak yang jauh lebih baik!

Ok cukup berhenti berangan.

Masa untuk Buat Kerja!

Kompleks Kehakiman dan Mahkamah Kuala Lumpur di Putrajaya

Cabaran pelajar dalam menghadiri acara hujung minggu

  • 0
gambar hiasan. jangan risau tiada kena-mengena (sangat).


Pelajar luar negara tiada masalah besar dalam menghadiri acara hujung minggu.

Cabaran-cabaran pelajar dalam negara:

1. Kenduri <masukkan sebarang hubungan talian persaudaraan di sini>
Kenduri dapat dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian/kategori: Kahwin, Aqiqah, Kematian, Pertunangan. Sekiranya pelajar mempunyai 10 orang saudara-mara, maka formulanya adalah:
Bilangan kenduri = 10 x 4 = 40 kenduri
Setahun kita cuma ada 52 minggu. Exaggeration sahaja. You get the idea.

2. Balik rumah
Pelajar kolej persediaan hanya berada di kolej pada weekdays sahaja. Terutamanya yang duduk di sekitar kolej. Sebenarnya kalau berada di rumah pun apa masalahnya. Masalahnya adalah di rumah ada 13 ribu tarikan. Exaggeration.

3. Exam
Ya. Exam di hujung minggu. Di malam hari. Anda boleh menangis sekarang.

4.  Ibu bapa tidak mengizinkan
Kalau anak perempuan tu, memang ada logik-mantik. Kalau anak lelaki, memang nak kena jentik. Okla kasi can buat mereka yang anak mak. Tapi kalau semakin lama kena la belajar berdikari ok.

5. Tidak ada fulus
Budak-budak oversea ada banyak duit. Scholarship biasanya lagi banyak dari gaji fresh grad kat Malaysia. Pelajar Malaysia kebanyakannya tidak begitu ok kewangan. Bagi mereka yang menjalankan projek-projek ekonomi, mungkin ok sikitlah. Sikit.

(bersambung lain kali dengan Cabaran-cabaran pelajar luar negara...)

Four stages of the game

  • 0
Four stages of the game:

  • You don't even realize there's a game. (And any contest, market, project or engagement is at some level a game).

  • You start getting involved and it feels like a matter of life or death. Every slight cuts deeply, every win feels permanent. "This is the most important meeting of my life..."

  • You realize that it's a game and you play it with strategy. There's enough remove for you to realize that winning is important but that continuing to play is more important than that. And playing well is most important.

  • You get bored with the game, because you've seen it before. Sometimes people at this stage quit, other times they sabotage their work merely to make the game feel the way it used to.

  • And then a new, different game begins.



The story of a selfish boy

  • 0
A post that I wrote last year, 8th of June.

++++


It comes with a price. And the price is big. So are the rewards.
But people can hardly see how big the rewards are.
Those who wanted to see how big they are, must see it with their heart.
Story 1
8.15am
(woke up from sleep)
must..wake..up..
man i’m bored. oh wait. i just remembered an email yesterday, that there’s going to be a weekly halaqah/dicussion over at Masjid Uniten.let me check the email again.
Diskusi Minda: Siapa Rasulullah Di Hati Kita?
Tempat: Dewan Masjid Uniten
Tarikh/Masa: 5 Jun 2010, 830am-1200pm
oh my it’s starting at 8.30am! I’m not gonna make it!
Oh well.
+++
Story 2
8.25am
(woke up from sleep)
must..wake..up..
man i’m bored. oh wait. i just remembered an email yesterday, that there’s going to be a weekly halaqah/dicussion over at Masjid Uniten.let me check the email again.
Diskusi Minda: Siapa Rasulullah Di Hati Kita?
Tempat: Dewan Masjid Uniten
Tarikh/Masa: 5 Jun 2010, 830am-1200pm
Every participants will be entitled to get a free Motorola Droid.

  • MEMORY9
    16 GB microSD pre-installed
  • ACCELEROMETER
    Yes
  • NETWORKS4
    CDMA 1X 800/1900, EVDO rev A
  • PROCESSOR SPEED
    Arm® Cortex™ A8 processor 550 mHz
  • REMOVABLE MEMORY10
    supports up to 32 GB microSD
  • SENSORS
    Proximity, ambient light and eCompass
oh my it’s starting at 8.30am!
I’m SO gonna make it!
++++
Come on guys. Can we please snap out of it.
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (mereka pun masuk) (Az-Zumar: 73)
Diriwayatkan dalam shahihayn, dari Abu Hurayrah radhiyaLlahu ‘anhu, Allah Ta’ala berfirman, “Sungguh aku telah mempersiapkan bagi hamba-hambaku yang shalih apa yang belum pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terbersit dalam hati manusia. Bacalah firman Allah,
“Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.” (Q.S As-Sajdah ayat 17)
++++
How to unattached the world from your heart:
1. Remember Death
2. Compare with the Rewards that Allah has mentioned in the Quran
p.s: not saying Droid is bad though. it’s just one of the nikmat. can be boon or bane depending on where we put it.
p.p.s: kindly replace the Droid with anything that you think are very attractive. kalau rasa2 malas nak beramal, just imagine getting that thing at the end of the amal. and yeah you can also times by 102131940191 or infinity if you want.
Sadly, this is the end of the Selfish boy story. no part 3. Time to move.

Cara kita berkomunikasi

  • 0
Sekarang ni memang sangat banyak medium untuk kita berkomunikasi. Saya senaraikan beberapa yang agak intensif di kalangan mereka yang berada di sekeliling saya (tidak mengikut turutan):

  1. Jumpa/Ngeteh
  2. Call Handset
  3. Call Rumah
  4. SMS
  5. Email Direct
  6. Email Yahoo/Google groups
  7. Facebook
  8. WhatsApp
  9. GoogleTalk
  10. BBM
Ada 10. Nice. Banyak lagi yang lain tapi tak berapa dominan.

Saya cuba ulas satu persatu.

Jumpa/Ngeteh
  1. Ini adalah method paling efektif untuk menyampaikan sesuatu yang kompleks
  2. Efektif jika ingin memenangi proses tawar menawar kerana boleh menyampaikan emosi dengan baik dalam medium ini
Call Handset
  1. untuk Super Urgent matter, sila guna medium ini!
  2. Setengah orang mengalami kesukaran untuk calling-calling, samada sebab takde kredit, atau ada sedikit segan untuk mendedahkan suara. Facebook dan SMS lebih selesa mungkin.
Call Rumah
  1. Sekiranya gagal menghubungi dengan kesemua cara yang lain, ini jalan terakhir. 
  2. Atau juga bagi mereka yang tidak techno-savvy, tiada handset, atau ada handset tetapi letak handset dalam handbag.
SMS
  1. Lebih patut digunakan berbanding Email sekiranya ada hal urgent.
  2. Untuk golongan pelajar, ini yang paling popular dan efektif. Sila jangan Email golongan pelajar sekiranya ia adalah perkara yang urgent. SMS dan Call adalah yang terbaik
  3. Pelajar luar negara mgkn berbeza sedikit.
Email Direct
  1. Sekiranya ada perkara-perkara lebih personal method ini boleh digunakan berbanding Email ke Groups.
  2. Ada possibility Email ini tak difilter (melalui sistem folder yahoomail atau label gmail), lalu dibiarkan tak dibaca (khas untuk mereka yang inbox masih penuh beribu-ribu email).
Email Groups
  1. Sekiranya terlampau banyak, ada possibility email yang dihantar ke sini tak dibaca.
  2. Letakkan @NamaOrangYangKitaInginkanPerhatian pada subjek email untuk meningkatkan kebarangkalian dia membaca email tersebut.
  3. Penggunaan one liner email yang tiada message seboleh2nya dielakkan pada forum2 groups yang bilangan mencecah ratusan apatah lagi ribuan ahli. (surprisingly, perkara ini sesuatu yang still ok dalam facebook yang ahli melebihi ribuan, dan agak banyak status update yang dilihat adalah one liner!)
Facebook
  1. Surprisingly, pelajar-pelajar dalam negara lebih banyak membuka Facebook dari membuka email.
  2. Sekiranya anda takde kredit nak call pelajar utk sampaikan maklumat penting, boleh cuba di Facebook sebelum menghantar email.
  3. Boleh kenal lebih lanjut tentang orang tersebut. Sesetengah orang panggil ia sebagai stalking.
Whatsapp
  1. Seperti BBM untuk pengguna Blackberry, Whatsapp digunakan dengan cara yang sama. 
  2. Jimat SMS bagi mereka yang menggunakan Internet Plan untuk handset mereka.
  3. Merentasi platform. (Android, iOS, Blackberry)
  4. Bawah sedikit dari tahap urgency berbanding SMS.
GoogleTalk
  1. Bagus sekiranya anda yakin dia berada di hadapan komputer, atau dia mempunyai handset dengan Android OS, dan anda ingin agar perbualan diarkibkan di dalam cloud gmail.
  2. Bagus sekiranya anda merasakan satu hari nanti anda ingin mencari perbualan ini melalui fungsi Search dalam Gmail.
BBM
  1. Sama seperti WhatsApp, tapi untuk pengguna Blackberry sahaja.
  2. Fungsi upload gambar dan komen beramai-ramai untuk spesifik gambar agak menarik bagi saya.
  3. Tahap urgency hampir sama dengan WhatsApp
Akhir sekali, berikut adalah ranking medium komunikasi pada pandangan saya:

Ranking Urgency Untuk mereka yang bekerja:
Call, SMS, BBM, Whatsapp, GoogleTalk, Email Yahoogroups, Email Direct, Facebook, Call Rumah

Ranking Urgency Untuk mereka yang masih belajar:
Call, SMS, Facebook, BBM, Whatsapp, GoogleTalk, Email Yahoogroups, Email Direct, Facebook, Call Rumah

Jumpa/Ngeteh telah saya keluarkan dari ranking kerana saya rasa ia kategori lain dari Urgency. Tiada sebab lain. Yup. Confirm tiada sebab lain.

Kem Lepasan SPM (Bangi) 2011 - Siri ke-5

  • 0

Kem Lepasan SPM (Bangi)
Flyers kena cari dalam email. Brb.

Update: Sila lawati http://kemlepasanspmbangi.wordpress.com

Brochure Muka Depan

Brochure Muka Belakang

Dari mahasiswa ke graduan

  • 1
Setiap kali saya berjumpa dengan pelajar, selalu saya tanya mereka satu soalan.
"So apa plan lepas habis belajar ni?"
Acapkali jawapan yang saya terima, tidak begitu menyenangkan saya. Bukan kerana perancangan masa depan yang tak best, tapi saya risau dengan ketidakpastian jawapan2 yang saya terima.

Memanglah, kita bukannya boleh tau pun lepas habis belajar ni ok terus dapat kerja so gembira. Tapi perlihatkanlah sedikit keyakinan.

Kadang2 saya ubah sikit soalan saya.
"What's your passion?"
Soalan ni lagi la susah orang nak jawab. Saya rasa orang yang dah kerja pun rata-rata tak jumpa lagi.

Kalau orang tanya saya, saya akan jawab
"Define passion."
Apa passion anda?